Komet C/2023 P1 (Nishimura) akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi pada jarak sekitar 0.85 AU pada 13 September 2023. Selepas 5 hari, iaitu 18 September 2023, Komet C/2023 P1 (Nishimura) akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Matahari (perihelion) dengan jarak sekitar 0.23 AU.
Planet Neptun akan berada pada kedudukan terdekat dengan Bumi dan seluruh permukaannya akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding pada kedudukan lain dan akan kelihatan pada keseluruhan waktu malam. Disebabkan oleh jaraknya yang jauh dari Bumi, ia akan kelihatan seperti bintik biru terang di langit malam.
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Bermulanya perubahan musim panas di hemisfera utara kepada musim luruh dan perubahan musim sejuk di hemisfera selatan kepada musim bunga.