TM KALENDAR ASTRONOMI OKTOBER 2025
🔸𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 11:47 am.
 
🔸𝟴 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 359,814 km.
 
🔸𝟭𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 02:12 am.
 
🔸𝟭𝟮 – 𝟭𝟵 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗞𝗼𝗺𝗲𝘁 𝗖/𝟮𝟬𝟬𝟮 𝗥𝟮 (𝗦𝘄𝗮𝗻)
Komet dijangka akan mencapai jarak yang paling hampir dengan Bumi pada 12 – 19 Oktober dengan jangkaan kecerahan komet pada 5.8 Magnitud.
 
🔸 𝟮𝟭 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗢𝗿𝗶𝗼𝗻𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Orionids dapat disaksikan setiap tahun antara 2 Oktober hingga 7 November. Pada 2025, kemuncaknya berlaku pada malam 21 Oktober hingga 22 Oktober dengan sekitar 20 meteor sejam. Tahun ini, peluang melihatnya lebih baik kerana langit gelap tanpa gangguan cahaya Bulan, tertakluk kepada cuaca.
 
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 08:25 pm.
 
🔸𝟮𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 406,444 km.
 
🔸𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada jam 12:20 am.
 
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿
Planet Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 23.9 darjah.
.
**Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
**Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
𝙀𝙡𝙤𝙣𝙜𝙖𝙨𝙞 (𝙚𝙡𝙤𝙣𝙜𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣) – dalam astronomi ialah jarak sudut antara Matahari dan planet (contohnya Zuhrah atau Utarid) dari pandangan Bumi.
𝙋𝙚𝙧𝙞𝙜𝙚𝙚 – Kedudukan Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Pada waktu ini, Bulan kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada biasa.
𝘼𝙥𝙤𝙜𝙚𝙚 – Kedudukan Bulan yang paling jauh dari Bumi. Pada waktu ini, Bulan kelihatan lebih kecil dan sedikit malap berbanding biasa.
.
𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻:
✅️Perisian The SkyX Professional Edition
✅️Perisian Stellarium
✅️https://astropixels.com/almanac/almanac21/almanac2025aest.html
✅️https://www.timeanddate.com/moon/phases/
✅️https://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html
✅️https://www.fourmilab.ch/images/3planets/elongation.html
✅️https://www.amsmeteors.org/meteor-showers/meteor-shower-calendar/
✅️https://eco.mtk.nao.ac.jp/cgi-bin/koyomi/cande/phenomena_en.cgi
✅️http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-2025.html
✅️https://in-the-sky.org/article.php?term=conjunction&year=2025&moon=1&minor=1&tz=0#table
✅️https://in-the-sky.org/newscalyear.php?year=2025&maxdiff=1#datesel
✅️https://iota-es.de/moon/moon_occ_plan.html
✅️https://www.timeanddate.com/astronomy/meteor-shower/list.html
✅️https://www.space.com/stargazing/could-new-comet-c-2025-r2-swan-become-visible-to-the-naked-eye-in-october-heres-what-we-know
Skip to content