Hujan Meteor Southern Taurids boleh dilihat mulai sekitar 23 September hingga 8 Disember setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Southern Taurids dijangka berlaku pada malam 4 November 2024 hingga awal pagi 5 November 2024 dengan purata 5 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan dari Bulan Sabit Baru semasa kemuncak berlaku.
Hujan Meteor Northern Taurids boleh dilihat mulai sekitar 13 Oktober hingga 2 Disember setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Northern Taurids dijangka berlaku pada malam 11 November 2024 hingga awal pagi 12 November 2024 dengan purata 5 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan Bulan Hampir Purnama (79%) semasa kemuncak berlaku
Planet Uranus akan berada pada kedudukan โoppositionโ atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Semasa istiqbal, Uranus akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Planet Uranus akan kelihatan di langit malam sepanjang Oktober 2024 hingga Mac 2024. Uranus sukar dilihat dengan jelas kerana kedudukannya yang jauh dari Bumi. Namun begitu, ia boleh dicerap menggunakan teleskop berkuasa tinggi.
Hujan Meteor Leonids boleh dilihat mulai sekitar 3 November hingga 2 Disember setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Leonids dijangka berlaku pada malam 17 November hingga awal pagi 18 November 2024 dengan purata 15 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan Bulan Hampir Purnama (98.8%) semasa kemuncak berlaku.
Fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan bintang Elnath dari pandangan Bumi, iaitu bintang Elnath akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula.
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dari Bumi iaitu pada 405,314 km.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
Konjungsi (๐๐ฐ๐ฏ๐ซ๐ถ๐ฏ๐ค๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (ยฐ), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.