
𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗲𝗶𝗮𝗱𝗲𝘀
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sekitar 0.6 darjah di langit barat.

𝟴 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿
Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 18.2 darjah. Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam (waktu Maghrib).

𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗘𝗾𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗰
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Di Hemisfera Utara, ekuinoks pada bulan Mac dikenali sebagai ekuinoks musim bunga manakala di Hemisfera Selatan ia dikenali sebagai ekuinoks musim luruh.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:

Konjungsi (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.

Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).

𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗮𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 (𝗔𝘀𝘁𝗿𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗨𝗻𝗶𝘁) disingkatkan sebagai AU, adalah jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1 AU bersamaan dengan 1.5 x108 km

Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.

Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.