(Last Updated On: 2024-03-04)
KALENDAR ASTRONOMI MAC 2024
🔸 𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 23:23
.
🔸 𝟭𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 17:00.
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 356,895 km.
.
🔸𝟭𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 12:10.
.
🔸𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗘𝗾𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗰
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Di Hemisfera Utara, ekuinoks pada bulan Mac dikenali sebagai ekuinoks musim bunga manakala di Hemisfera Selatan ia dikenali sebagai ekuinoks musim luruh.
.
🔸 𝟮𝟮 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯🔸
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗹
Zuhrah dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Zuhrah dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.2 darjah di langit timur.
.
🔸 𝟮𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 406,294 km.
.
🔸 𝟮𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿
Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 18.7 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam.
.
🔸𝟮𝟱 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵/𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 15.00.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
▪ Konjungsi (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
▪ Jarak sudut ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
▪ Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
Skip to content