(Last Updated On: 2025-07-02)
KALENDAR ASTRONOMI JULAI 2025
🔸𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Pertama pada jam 3:30 am.
 
🔸𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗽𝗵𝗲𝗹𝗶𝗼𝗻
Bumi berada di kedudukan aphelion (paling jauh dari Matahari) pada jarak 1.01664 AU
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗱𝗶 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺
Planet Utarid berada pada sudut elongasi 25.9°T dari Matahari.
 
🔸 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 04:37 am.
 
🔸𝟭𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗜𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗔’𝗱𝘇𝗮𝗺
Istiwa A’dzam ialah satu fenomena astronomi di mana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Pada waktu tersebut, bayang-bayang objek yang tegak di permukaan bumi akan menunjukkan arah yang tepat ke Kaabah. Ini adalah salah satu daripada dua kesempatan dalam setahun untuk memeriksa arah kiblat dengan ketepatan maksimum tanpa memerlukan alat tambahan.
 
🔸𝟭𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Sukuan Akhir pada jam 08:38 am.
 
🔸𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 03:11 am.
 
🔸𝟮𝟵 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗦𝗼𝘂𝘁𝗵𝗲𝗿𝗻 𝗗𝗲𝗹𝘁𝗮-𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗱𝘀
Fenomena Hujan Meteor Southern Delta-Aquarids mula aktif dan boleh dilihat pada pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos dengan kemuncak berlaku 29 Julai 2025 dengan kemungkinan sehingga 20 meteor sejam. Kenampakan hujan meteor lebih baik selepas tengah malam kerana Bulan telah pun terbenam.
**Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
**Waktu kejadian dalam Kalendar Astronomi dijana mengikut lokasi Kuala Lumpur.
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
▪𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 (𝗲𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻) – dalam astronomi ialah jarak sudut antara Matahari dan planet (contohnya Zuhrah atau Utarid) dari pandangan Bumi.
▪𝙅𝙖𝙧𝙖𝙠 𝙨𝙪𝙙𝙪𝙩 𝙩𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 (𝙖𝙣𝙜𝙪𝙡𝙖𝙧 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙧𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣) – Jarak antara dua objek di langit seperti yang dilihat dari Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan saat arka (“).
Skip to content