(Last Updated On: 2024-07-01)
TM KALENDAR ASTRONOMI JULAI 2024
🔸 𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗽𝗵𝗲𝗹𝗶𝗼𝗻
Bumi berada pada kedudukan paling jauh dengan Matahari, iaitu sejauh 152,099,968 km.
 
🔸 𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 06:59.
 
🔸 𝟭𝟮 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 404,362 km.
 
🔸 𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 06:50.
 
🔸 𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵/𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 18:19.
 
🔸 𝟮𝟮 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗨𝘁𝗮𝗿𝗶𝗱 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗘𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿
Utarid pada elongasi paling timur iaitu pada 26.9 darjah, Utarid boleh kelihatan di langit barat selepas Matahari terbenam.
 
🔸 𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 364,917 km.
 
🔸 𝟮𝟱 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗹 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻
Fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhal dari pandangan Bumi, iaitu planet Zuhal akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula.
 
🔸 𝟮𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 10:53.
 
🔸 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗲𝗶𝗮𝗱𝗲𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻
Fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan sebahagian Pleiades dari pandangan Bumi, iaitu sebahagian Pleiades akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan, dan kemudian akan muncul semula.
 
🔸 𝟯𝟬 – 𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗗𝗲𝗹𝘁𝗮 𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Delta Aquariids boleh dilihat mulai 12 Julai sehingga 23 Ogos setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquariids dijangka berlaku pada malam 30 Julai sehingga awal pagi 31 Julai dengan purata 20 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan Bulan Sabit Tua semasa kemuncak berlaku.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
• 𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
• 𝗝𝗮𝗿𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗱𝘂𝘁 ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
• Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
Skip to content