(Last Updated On: 2024-04-01)
Kalendar Astronomi April 2024
🔸 𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿/𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada 11:14
.
🔸 𝟴 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada 358,850 km.
.
🔸𝟵 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada 02:20
.
🔸𝟭𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗮𝗹
Marikh dan Zuhal akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Marikh dan Zuhal dari Bumi adalah sejauh 0.45 darjah di langit timur.
.
𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗲𝗶𝗮𝗱𝗲𝘀
Bulan dan Pleiades akan kelihatan menghampiri antara satu sama lain di langit dengan jarak sudut tampak Bulan dan Pleiades dari Bumi adalah sejauh 0.4 darjah di langit barat.
.
🔸𝟭𝟲 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada 03:13.
.
🔸𝟮𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi iaitu pada jarak 405,623 km.
.
🔸𝟮𝟮 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗟𝘆𝗿𝗶𝗱𝘀
Hujan Meteor Lyrids boleh dilihat mulai 15 hingga 29 April setiap tahun. Kemuncak Hujan Meteor Lyrids dijangka berlaku pada lewat malam 22 April 2024 hingga awal pagi 23 April 2024 dengan purata 18 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana gangguan cahaya Bulan Hampir Purnama semasa kemuncak berlaku.
.
🔸𝟮𝟰 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵/𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada 07:48.
.
🔸𝟮𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟰🔸
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗲𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻
Bulan kelihatan melintas di hadapan Antares dari pandangan Bumi. Antares akan kelihatan terselindung di sebalik Bulan buat sementara waktu sebelum muncul semula. Di Kuala Lumpur, penghijaban diramalkan bermula dengan kehilangan Antares di belakang Bulan sekitar jam 05:00 pagi di langit barat daya dan ia akan kelihatan semula sekitar 06:00 pagi.
.
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
• 𝗞𝗼𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 (𝘊𝘰𝘯𝘫𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯) merupakan fenomena nyata yang disebabkan oleh perspektif pemerhati dari Bumi iaitu dua objek cakerawala dilihat berdekatan jika dilihat dari Bumi, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berjauhan dari satu sama lain di angkasa.
• 𝗝𝗮𝗿𝗮𝗸 𝘀𝘂𝗱𝘂𝘁 ialah ukuran jarak antara objek cakerawala berdasarkan sudut dengan titik pemerhatian di Bumi. Jarak ini dinyatakan dalam bentuk darjah (°), minit arka (‘), dan minitsaat arka (“).
• 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 (𝗢𝗰𝗰𝘂𝗹𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻) ialah lenyapnya cahaya sesuatu objek cakerawala kerana dilindungi oleh objek cakerawala lain yang lebih besar berbanding objek yang dilindungi, contohnya semasa gerhana bulan atau penghijaban planet oleh Bulan.
• Waktu kejadian sebenar mungkin akan berbeza dengan waktu simulasi.
Skip to content