Informations Feed

Aphelion

Aphelion

Orbit Bumi mengelilingi Matahari berbentuk elips menyebabkan jarak antara Bumi dan Matahari sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, Bumi akan melalui titik perihelion (jarak paling dekat antara Bumi dan Matahari) dan aphelion (jarak paling jauh antara Bumi dan Matahari) sekali setiap tahun.

.
Perihelion dan aphelion berlaku disebabkan oleh orbit Bumi yang โ€œtidak sempurna bulatโ€ ataupun dikatakan berbentuk elips dengan nilai keeksentrikannya 0.017. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menandakan orbit elips.

.
Pada tahun ini, Bumi ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต melalui titik perihelion pada ๐Ÿฐ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ jam 2:52 petang waktu Malaysia dengan jarak ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿณ,๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฑ,๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฎ๐—ธ๐—บ dari Matahari dan ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป melalui titik aphelion pada ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ jam 3:10 petang waktu Malaysia dengan jarak ๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿต๐Ÿด,๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฑ๐—ธ๐—บ dari Matahari, iaitu dua minggu selepas Solstis Jun (21 Jun). Fenomena perihelion dan aphelion berlaku setiap tahun berikutan peredaran Bumi mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips dan tidak akan memberi sebarang kesan yang signifikan kepada penduduk di Bumi.

.
Nota Kaki:
– ๐—ž๐—ฒ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฐ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐˜๐˜† adalah ukuran pemanjangan sesebuah elips.

.
Sumber Rujukan:
โ€ขย https://www.timeanddate.com/…/perihelion-aphelion…

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologi

.

Kalendar Astronomi Julai 2022

Kalendar Astronomi Julai 2022
๐Ÿ…บ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ† ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†‚๐Ÿ†ƒ๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ธ JULAI 2022
ย 
๐Ÿ”ธ๏ธ4 Julai 2022๐Ÿ”ธ๏ธ
๐Ÿ”ณ Bumi Pada Kedudukan Aphelion.
Bumi berada pada jarak yang paling jauh dengan Matahari, iaitu sejauh 152,098,455km. Kedudukan ini dikenali sebagai aphelion.
ย 
๐Ÿ”ธ๏ธ7 Julai 2022๐Ÿ”ธ๏ธ
๐Ÿ”ณ Bulan Suku Pertama.
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 10:14.
ย 
๐Ÿ”ธ๏ธ13 Julai 2022๐Ÿ”ธ๏ธ
๐Ÿ”ณBulan Perigee
Bulan berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi, iaitu sejauh 357,263km. Kedudukan ini dikenali sebagai perigee.
ย 
๐Ÿ”ธ๏ธ14 Julai 2022๐Ÿ”ธ๏ธ
๐Ÿ”ณ Bulan Penuh / Bulan Purnama
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 02:37. Bulan Penuh Perigee, iaitu bulan purnama yang berada paling dekat dekat dengan Bumi, kelihatan terbesar dan tercerah untuk tahun 2022 yang juga dikenali sebagai โ€œSupermoonโ€.
ย 
๐Ÿ”ธ๏ธ20 Julai 2022๐Ÿ”ธ๏ธ
๐Ÿ”ณBulan Suku Akhir / Ketiga
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 22:18.
ย 
๐Ÿ”ธ๏ธ29 Julai 2022๐Ÿ”ธ๏ธ
๐Ÿ”ณKemuncak Hujan Meteor Delta Aquarids
Hujan Meteor Delta Aquarids boleh dilihat mulai 12 Julai hingga 23 Ogos. Kemuncak Hujan Meteor Delta Aquarids dijangka berlaku pada awal pagi 29 Julai 2022 dengan purata 20 meteor per jam. Hujan Meteor Delta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan bulan semasa kemuncak berlaku.
ย 
๐Ÿ”ณBulan Baru
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 01:54.
.
Sumber Rujukan:
โœ…Lunar Perigee and Apogee Calculator
โœ…Mercury Chaser’s Calculator
โœ…Sea and Sky – Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
โœ…EarthSky’s 2022 meteor shower guide
โœ…Perisian Stellarium

2022 APRSAF AWARDS – CALL FOR NOMINATIONS

Call for Nominations: 31 March – 30 June 2022.

CATEGORY
1. Asia-Pacific Region Excellence in Space Award
2. APRSAF Space Achievement Award

NOMINATION
Nominees: Open worldwide
Nominators: Open to the APRSAF Community

NOMINATION PACKAGE
โ€ขย  1 Nomination Letter
โ€ขย  Biography
โ€ขย  3 Letters of Support

For more information about the APRSAF Awards, please visit the website at: https://www.aprsaf.org/award/

BENGKEL & PERTANDINGAN MYSTEM@SPACE

Jom sertai Bengkel dan Pertandingan MySTEM@SPACE berikut:
ย 
๐Œ๐ฒ๐’๐“๐„๐Œ@๐’๐๐€๐‚๐„ – ๐Œ๐ฒ๐’๐ฉ๐š๐œ๐ž ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง
Ayuhโ— adik-adik pelajar di sekolah rendah Tahun 1 & 2, kita rebut peluang sertai pertandingan bina, bangunkan dan persembahkan model statik stesen angkasa.
๐Ÿ”ธSyaratnya kena bina dengan ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฉ๐š๐ค๐š๐ข tauโ™ป๏ธ
Wowโ— Adik-adik berpeluang membawa pulang:
๐Ÿฅ‡RM 400
๐ŸฅˆRM 200
๐Ÿฅ‰RM 100
๐Ÿ”ธPendaftaran & maklumat lanjut layari https://www.mysa.gov.my/msnkm2022
๐Ÿ“œE-Sijil disediakan
.
ย 
ย 
๐Ÿš€๐Ÿš€๐Œ๐ฒ๐’๐“๐„๐Œ@๐’๐๐€๐‚๐„ – ๐Œ๐ฒ๐Œ๐€๐‘๐’ ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ซ ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง
Ayuh sahut cabaran untuk bina, bangunkan dan persembahkan prototaip berfungsi sistem tenaga solar anda๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ
Hadiah menarik menantiโ— Daftar SEGERA hari iniโ—
๐Ÿ”ธTerbuka Untuk Pelajar Sekolah Rendah Tahun 3 & 4.
๐Ÿ”ธPendaftaran & maklumat lanjut layari https://www.mysa.gov.my/msnkm2022
๐Ÿ“œE-Sijil disediakan.
ย 
ย 
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿš€๐Œ๐ฒ๐’๐“๐„๐Œ@๐’๐๐€๐‚๐„ – ๐Œ๐ฒ๐Œ๐€๐‘๐’ ๐‘๐จ๐ฏ๐ž๐ซ๐›๐จ๐ญ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿš€
โœจBerminat belajar tentang konfigurasi dan pengaturcaraan robot pencari laluanโ“
Jomโ— Sertai bengkel & pertandingan MyMARS Roverbot.
๐Ÿ”ธTerbuka Untuk Pelajar Sekolah Rendah Tahun 5 & 6
Daftar segera untuk menangi hadiah lumayan๐Ÿคฉ
๐Ÿ”ธPendaftaran & maklumat lanjut layari https://www.mysa.gov.my/msnkm2022
๐Ÿ“œE-Sijil disediakan.
.
ย 
Semua ini boleh anda ikuti dari mana-mana sahaja secara dalam talian melalui
ย 
Tarikh tutup pendaftaran sekolah: 31 MEI 2022

Fenomena Hujan Meteor Eta Aquarids

Hujan Meteor Eta Aquarids
Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Eta Aquarids mulai 19 April hingga 28 Mei 2022. Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids akan berlaku pada awal pagi 7 Mei 2022 dengan purata 50 meteor per jam. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah baik kerana tiada gangguan Bulan semasa kemuncak fenomena ini berlaku.
.
Hujan Meteor Eta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Hujan meteor ini dinamakan sempena bintang paling terang dalam buruj Aquarius, iaitu Eta Aquarii. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley. Hujan Meteor Eta Aquarids merupakan salah satu hujan meteor yang disebabkan oleh debu-debu komet Halley selain Hujan Meteor Orionids yang berlaku pada bulan Oktober setiap tahun.
.
Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ€ข Aquarius ialah buruj zodiak hemisfera selatan yang luas yang berhampiran dengan Pegasus, dan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga. Aquarius dilambangkan oleh seorang lelaki yang membawa sebuah kendi air.
โ€ข Komet ialah jasad cakerawala yang beredar mengelilingi Matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.
.

Kalendar Astronomi Mei 2022

Kalendar Astronomi Mei 2022

๐Ÿ…บ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…ณ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†ย ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†‚๐Ÿ†ƒ๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ฝ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ธ ๐Ÿ…ผ๐Ÿ…ด๐Ÿ…ธ 2022

๐Ÿ”ธย ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 04:28.

๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
Gerhana Matahari Separa berlaku mulai pada jam 02:45 dan berakhir pada jam 06:37 waktu Malaysia. Fenomena tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia tetapi boleh dilihat di kebanyakan bahagian tenggara Lautan Pasifik dan bahagian selatan Amerika Selatan. Liputan sebanyak 53% dapat dilihat dari Argentina.

๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐—ญ๐˜‚๐—ต๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐˜†๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
Planet Zuhrah dan Musytari akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 14 arka-minit pada ufuk timur.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿณ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—˜๐˜๐—ฎ ๐—”๐—พ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐˜€
Hujan Meteor Eta Aquarids boleh dilihat mulai 19 April hingga 28 Mei. Kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids berlaku pada awal pagi 7 Mei 2022 dengan purata 50 meteor per jam. Hujan Meteor Eta Aquarids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius, tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kenampakan hujan meteor tersebut adalah bagus kerana tiada gangguan Bulan semasa kemuncak berlaku.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Pertama pada jam 08:21.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—š๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต
Gerhana Bulan Penuh berlaku mulai jam 09:32 dan berakhir pada jam 14:50 waktu Malaysia. Fenomena tersebut ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ kerana berlaku pada waktu siang. Gerhana tersebut boleh dilihat di Amerika Utara, Greenland, Lautan Atlantik dan sebahagian Eropah Barat dan Afrika.

๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ต / ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Penuh pada jam 12:14.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐˜‚๐—ป
Planet Marikh dan Neptun akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 34 arka-minit pada ufuk timur.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ / ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ
Bulan memasuki fasa Bulan Suku Akhir pada jam 02:43.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ญ๐˜‚๐—ต๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป
Penghijaban Zuhrah oleh Bulan, iaitu Bulan kelihatan melintas di hadapan Zuhrah dan melindungi Zuhrah dari pandangan kita. Penghijaban bermula dengan kehilangan kenampakan Zuhrah di belakang Bulan sekitar 10:20 pagi dan ia akan kelihatan semula sekitar 12:10 tengah hari.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿฎ๐Ÿต ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—ž๐—ผ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐˜‚๐˜€๐˜†๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
Planet Marikh dan Musytari akan kelihatan berdekatan antara satu sama lain di langit dan hampir sejajar dari Bumi dengan jarak sudut 39 arka-minit pada ufuk timur.

๐Ÿ”ธย ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎย ๐Ÿ”ธ
๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚
Bulan memasuki fasa Bulan Baru pada jam 19:30.

.
๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
โ€ขhttps://solarsystem.nasa.gov/…/quadrantids/in-depth/
โ€ขย https://ssd.jpl.nasa.gov/horizons/
โ€ข Lunar Perigee and Apogee Calculator
โ€ข Mercury Chaser’s Calculator
โ€ขย timeandate.com
โ€ข Sea and Sky – Astronomy Calendar of Celestial Events for Calendar Year 2022
โ€ข EarthSky’s 2022 meteor shower guide
โ€ข Perisian Stellarium

.
#MYSAย #MOSTIย #KalendarAstronomi2022
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย 

ย 

CREPUSCULAR RAYS

Crepuscular Rays

Sinaran krepuskular (Crepuscular rays) merupakan fenomena optik yang sering kali berlaku. Fenomena ini telah dicerap di Observatori Negara Langkawi pada 1 April 2022 jam 7:36 petang. Perkataan krepuskular diambil dari perkatan latin, crepusculum yang bermaksud waktu senja.

.
Sinaran krepuskular terbentuk apabila Matahari berada rendah di ufuk ketika sedang terbenam atau terbit dan dilindungi oleh gunung-ganang atau awan yang rendah. Cahaya Matahari akan melalui celahan gunung-ganang dan awan menyebabkan terbentuknya jaluran gelap dan cerah yang kelihatan muncul dari satu titik, iaitu Matahari. Jaluran cahaya ini kelihatan disebabkan oleh kehadiran molekul udara, titisan air dan debu yang terapung di dalam udara. Ia kelihatan muncul dari arah Matahari dan hampir selari antara satu sama lain. Hal ini terjadi disebabkan oleh ilusi optik yang sama seperti melihat dua garisan yang kelihatan menumpu di hujung jalan yang panjang.

.
Sinaran krepuskular selalunya berwarna kekuningan ataupun kemerahan kerana fenomena serakan cahaya. Semasa waktu senja atau subuh, cahaya Matahari perlu melalui lebih banyak partikel udara di dalam atmosfera untuk sampai ke mata kita berbanding ketika waktu tengah hari. Sebahagian besar cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti warna biru dan hijau akan diserakkan oleh partikel di dalam udara menyebabkan hanya cahaya yang kemerahan yang sampai ke mata kita.

.
Untuk melihat fenomena ini, kita perlu melihat ke arah barat ketika Matahari terbenam atau ke arah timur ketika Matahari terbit. Kedudukan Matahari yang rendah menjadikan kawasan ufuknya sangat terang dan jaluran cahaya akan kelihatan keluar dari arah tersebut sekiranya tidak dilindungi oleh awan yang terlalu tebal.

.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ€ข ๐—™๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ผ๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ธ ialah fenomena yang disebabkan oleh interaksi cahaya dari Matahari atau Bulan dengan atmosfera, awan, air, habuk dan partikel lain.
โ€ข ๐—–๐—ฟ๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ฐ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฟ๐—ฎ๐˜† ialah sinaran cahaya matahari ke arah timur (ketika Matahari terbit) atau barat (ketika Matahari terbenam) yang menembusi awan-awan tebal biasanya dari jenis stratokumulus.
โ€ข ๐—œ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ผ๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ธ ialah tanggapan pada penglihatan dan tidak sama dengan apa yang sebenarnya.

.
๐—ฅ๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
๐Ÿ”ธhttps://www.metoffice.gov.uk/…/optical…/crepuscular-rays
๐Ÿ”ธhttps://earthsky.org/…/crepuscular-rays-sunrays-photos…/
๐Ÿ”ธhttps://www.britannica.com/science/crepuscular-ray

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย 

SUAR SURIA KELAS X1.1 DARI TOMPOK MATAHARI AR2994: TIADA KESAN PADA BUMI

Suar Suria
Suar suria
Suar suria
Kumpulan Tompok Matahari yang besar dan sangat aktif, iaitu AR2994 telah dikesan muncul di permukaan Matahari (bahagian timur laut) pada 17 April 2022. Tompok matahari ini didapati menghasilkan suar suria kelas X1.1 pada jam 03:34 UTC seperti mana yang telah dirakam oleh NASA’s Solar Dynamics Observatory (SDO).
.
Terkini, MYSA giat menjalankan pemantauan terhadap perubahan aktiviti matahari melalui instrumentasi ground-based berikut:
i.Pengumpulan data dan imej matahari dilakukan di Observatori Negara Langkawi (ONL) dengan menggunakan sistem teleskop optik.
ii.Pengesanan suar suria dalam julat frekuensi radio 45 hingga 870 MHz melalui instrumentasi yang dinamakan Compound Astronomical Low frequency Low cost Instrument for Spectroscopy and Transportable Observatory (CALLISTO) di Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Banting; dan
iii.Perubahan medan magnet Bumi melalui instrumentasi magnetometer di bawah seliaan MYSA iaitu Magnetic Data Acquisition System (MAGDAS).
.
Berdasarkan data-data yang dicerap dari instrumentasi ground-based yang dijalankan oleh MYSA, didapati bahawa beberapa kumpulan Tompok Matahari iaitu AR2989, AR2990, AR2991, AR2992, AR2993 dan AR2994 telah berjaya dirakam oleh sistem teleskop ONL dengan penapis jenis cahaya nampak dan calcium k-line pada 18 April 2022 seperti yang ditunjukkan pada Gambar 1.
.
Hasil cerapan oleh CALLISTO di KTA pula telah menunjukkan Solar Radio Bursts (SRB) jenis II dan III telah dikesan pada 17 April 2022 pada jam 03:28 hingga 03:50 UTC dan 03:33 hingga 03:34 UTC seperti yang ditunjukkan di Gambar 2.
.
Manakala data-data yang dicerap dari instrumentasi space-based yang dijalankan oleh National Oceanic And Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan bahawa suar suria kelas X1.1 telah menghamburkan jisim korona (CME) ke angkasa dan letusan ini tidak akan memberikan kesan kepada Bumi.
.