Informations Feed

FASA BULAN HAMPIR PURNAMA (64.9%) WAXING GIBBOUS

Waxing Gibbous
WAXING GIBBOUS atau Fasa Bulan Hampir Purnama (64.9%) ini telah dicerap dari Observatori Negara Langkawi pada 12 Disember 2021 jam 8:56 malam.
.
Bulan merupakan satu-satunya satelit semulajadi Bumi. Bulan Bumi adalah kelima terbesar daripada lebih 200 bulan yang mengorbit planet dalam Sistem Suria kita. Diameter Bulan ialah 3,476km, iaitu lebih kurang 1/4 daripada diameter Bumi. Jarak purata Bulan ialah sejauh 385,500km dari Bumi.
.
Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya Matahari ke mata kita. Seperti Bumi, Bulan juga berputar pada paksinya dan pada masa yang sama, ia beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi. Semasa Bulan mengorbit Bumi, kedudukan Bulan berubah dari masa ke masa. Oleh itu luas permukaan Bulan yang disinari cahaya yang menghadap ke Bumi adalah berbeza. Bentuknya akan berubah-ubah sepanjang peralihan fasa bulan baru ke fasa bulan penuh dan kembali semula ke fasa bulan baru.
.
Permukaan Bulan dipenuhi dengan kawah disebabkan oleh hentaman asteroid, komet atau meteorit ke atas permukaan bulan. Terdapat beberapa kawasan yang berwarna gelap pada permukaan bulan yang merupakan dataran basalt yang luas terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi kuno suatu masa dahulu. Kawasan gelap tersebut dipanggil “Mare” atau “Maria”.
.
Nota:-
* Orbit ialah laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dan sebagainya dalam pergerakannya mengelilingi jasad cakerawala yang lain di bawah pengaruh graviti.
* Basalt ialah batu berwarna kehitam-hitaman yang terbentuk daripada leleran gunung berapi.
* Meteorit ialah badan pepejal yang sampai ke permukaan planet atau bulan dari angkasa lepas.
.

RUANG BICARA BERSAMA KP MYSA DI BERNAMA TV – 11 JANUARI 2022

Jom dengarkan secara langsung bersama YBrs. Tuan Haji Azlikamil Bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di dalam rancangan RUANG BICARA bagi membicarakan tentang tajuk ‘Memperkasa Keluarga Angkasa Malaysia’ pada 9.00 malam, 11 Januari 2022 (Selasa).

Hanya di BERNAMA TV (Facebook & YouTube
Astro 502 | unifi TV | myFreeview 121

#MYSA #MOSTI
#STI #STIE #R&D #STEM
#MOSTIhebat #KeluargaMalaysia #Bekerjabersamarakyat #KitaMestiMenang #KitaJagaKita 

#KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 

2022 IAF Emerging Space Leaders Grant Programme

Apply now and get the exclusive opportunity to be fully funded by the IAF for the IAC 2022 in Paris, France next September!

Apply for the 2022 IAF Emerging Space Leaders (ESL) Grant Programme that provides opportunities for students and young professionals to participate in the annual International Astronautical Congress.
 
The young people selected to take part in the 2022 IAF Emerging Space Leaders Grant Programme will participate in the 73rd International Astronautical Congress (IAC) scheduled to take place in Paris, Francefrom 18 – 22 September 2022. The individuals selected will also participate in other activities held the week prior to and during the Congress such as the UN/IAF Workshop or the Space Generation Congress (SGC) and the Cross-Cultural Communications and Presentation Workshop.
 
Students and Young Professionals between the ages of 21 and 35 on 1 January 2022 with space-related career interests are encouraged to apply for the programme. Up to twenty-five students and young professionals will be selected by the IAF to participate in the 2022 programme.
 
Who should consider applying?

  • Individuals interested in pursuing careers involving the development, application and use of space systems, space science research, the policy, legal, social and cultural aspects of space activities, international cooperation on space programmes and other similar subjects.
  • Persons who – for financial, sponsorship or other reasons – would not otherwise be able to attend an International Astronautical Congress. 

Note:  Candidates may apply regardless of their home country or current residence. While all applications will be considered, through this programme the IAF seeks to encourage the participation of young people in nations with emerging space capabilities and interests who would otherwise not be able to attend an International Astronautical Congress.

  • Young people who wish to meet and interact with other colleagues from around the world with similar interests.
  • Individuals who hope to utilise the knowledge and experiences they gain during the IAC in their own careers and in enhancing space and related activities in their home countries.

 
What does the grant include?

  • Round trip air fare between the candidate’s home/residence country and Paris, France
  • Support (in kind-services or funding) for local transportation, lodging and meals during the candidate’s stay in Paris, France
  • Assistance with visa arrangements provided by the IAC Local Organizing Committee and the Government of France
  • Registration to the 73rd International Astronautical Congress as well as the 2022 Space Generation Congress or the 2022 UN/IAF Workshop.
  • Mentors will provide advice on presentations at the IAC and on activities before and during the IAC to help grant recipients benefit fully from the Congress and related meetings and meet with the grant recipients during the IAC.

 
Application Deadline: 11 February 2022 15:00 Paris Time / UTC + 1:00

To apply, click here.

For detailed information, application process and requirements please download our “2022 IAF Emerging Space Leaders Grant Programme Handbook”.

Fenomena Hujan Meteor Quadrantids

Fenomena Hujan Meteor Quadrantids
Fenomena Hujan Meteor Quadrantids
Fenomena Hujan Meteor Quadrantids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1. Sebahagian daripada asteroid ini terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya. Asteroid dengan kelebaran 3km ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.
.
Perkataan Quadrantids ini merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Quadrans Muralis, sebuah buruj yang sudah tidak lagi digunakan. Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai buruj Bootes dan hujan meteor ini turut dinamakan sebagai Bootids. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Kebanyakan kemuncak hujan meteor berlaku selama kira-kira dua hari tetapi kemuncak hujan meteor Quadrantids ini hanya berlaku dalam beberapa jam sahaja kerana Bumi melintasi aliran zarah yang nipis tersebut secara bersudut serenjang (tegak lurus).
.
Nota kaki:
◾Bootes atau dikenali sebagai Gembala atau Pembajak ialah sebuah buruj di langit utara. Sekumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan gembala atau pembajak.
◾Asteroid merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari.

Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko

KOMET 67P/CHURYUMOV-GERASIMENKO
KOMET 67P/CHURYUMOV-GERASIMENKO
Imej komet 67P/Churyumov-Gerasimenko ini telah dirakam melalui sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi pada 8 Disember 2021.
.
Komet ini telah ditemui oleh Klim Ivanovic Churyumov dan Svetlana Ivanova Gerasimenko pada 22 Oktober 1969 di Balai Cerap Alma-Ata (kini dikenali sebagai Balai Cerap Tien Shan), Kazakhstan. Komet tersebut mengambil selama 6.43 tahun untuk mengorbit Matahari. Sehubungan dengan itu ia menjadi antara tumpuan kepada kapal angkasa untuk penyelidikan.
.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko telah mencipta sejarah kerana merupakan komet pertama yang diorbit dan dilawati oleh robot dari Bumi. Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam misi kapal angkasa Rosetta yang membawa pendarat Philae telah bertemu dengan komet ini pada Ogos 2014 dan mengiringinya sepanjang perjalanan ke dalam dan keluar semula dari Sistem Suria.
.
Kelebaran nukleus komet 67P/Churyumov-Gerasimenko dianggarkan 4.2km dan mempunyai dua lobus. Para saintis percaya yang pembentukan dua lobus tersebut disebabkan oleh pelanggaran serpihan batu berais yang telah berlaku secara perlahan semasa fasa awal pembentukan Sistem Suria pada 4.5 billion tahun dahulu.
.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Matahari (perihelion) pada 3 November 2021 dan paling hampir dengan Bumi pada 12 November 2021, iaitu 61 juta km dari Bumi.
.
Komet 67P/Churyumov-Gerasimenko sukar dicerap dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, masih boleh dicerap dengan menggunakan teleskop. Komet tersebut boleh dilihat di langit malam Malaysia dan berdekatan dengan buruj Cancer sepanjang November 2021 hingga Februari 2022 dengan magnitud kecerahan 9 hingga 13.
.
.
Nota kaki:
*Komet: jasad cakerawala terdiri daripada gumpalan batu, ais dan debu serta campuran gas yang bergerak mengelilingi Matahari dalam Sistem Suria. Ia membeku apabila menjauhi Matahari tetapi akan mengewap membentuk kepala gas dan ekor apabila mendekati Matahari.
*Unit Astronomi (𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘜𝘯𝘪𝘵) disingkatkan sebagai AU: jarak purata antara Matahari dan Bumi. 1AU bersamaan dengan 1.5 x10⁸ km
*Perihelion: kedudukan dalam orbit apabila sesuatu planet atau komet berada paling hampir dengan matahari
*Magnitud ketara: kecerahan sesuatu objek di langit malam.
*Buruj Cancer: buruj zodiak di hemisfera utara berhampiran dengan Ursa Major yang tidak jelas kelihatan dan bintang tercerah terdiri daripada bintang magnitud keempat. Buruj ini mengandungi bintang berubah berpasang, termasuk system bintang berbilang Zeta Cancri, gugus selerak Praesepe dan M67.
.
 

FENOMENA HUJAN METEOR GEMINIDS

Fenomena Hujan Meteor Geminids
Fenomena Hujan Meteor Geminids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid, iaitu 3200 Phaethon yang sebahagiannya terurai menjadi menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat terlepas ke dalam aliran orbitnya. Fenomena tersebut merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Gemini tetapi kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah.
.
Tidak seperti kebanyakan hujan meteor yang lain, Hujan Meteor Geminids tidak dikaitkan dengan komet tetapi dengan asteroid, iaitu 3200 Phaethon. Asteroid dengan kelebaran 5km ini mengambil masa kira-kira 1.4 tahun untuk mengorbit Matahari, dan jarak terdekatnya dengan Matahari kira-kira 21 juta kilometer, iaitu satu pertiga daripada jarak purata antara Utarid dengan Matahari menjadi penyebab berlakunya keretakan haba (thermal fracturing). Akibat kejadian ini, serpihan 3200 Phaethon yang masuk ke atmosfera Bumi pada kelajuan kira-kira 130,000km per jam ini akan mengewap sebagai meteor Geminids yang berwarna-warni.
.
Nota kaki:
◾ Gemini ialah kumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan budak kembar.
◾ Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari dalam Sistem Suria. Jarak purata Utarid dengan Matahari adalah 58 juta kilometer.
◾ Asteroid merupakan satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi Matahari, terutama¬nya di antara orbit Marikh dan Musytari.

LAPORAN TAHUNAN MYSA TAHUN 2020

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐘𝐒𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟎
 
Kami kongsikan Laporan Tahunan 2020 MYSA untuk bacaan bersama sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya.
 
Bacaan penuh ini boleh didapati melalui pautan https://bit.ly/3lBonVt atau imbas Kod QR.
LAPORAN TAHUNAN MYSA 2020