(Last Updated On: 2023-07-28)
Hujan Meteor Delta Aquariids 2023

Hujan Meteor Delta Aquariids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius. Walau bagaimanapun, kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku pada setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 96P/Machholz yang merupakan antara komet utama yang menyebabkan fenomena ini.

.
Komet 96P/Machholz dianggarkan mengambil masa selama 5.3 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

.
𝗧𝗶𝗽𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗛𝘂𝗷𝗮𝗻 𝗠𝗲𝘁𝗲𝗼𝗿 𝗗𝗲𝗹𝘁𝗮 𝗔𝗾𝘂𝗮𝗿𝗶𝗶𝗱𝘀:
✅Pastikan anda berada di kawasan lapang yang selamat serta keadaan persekitaran dan langit yang gelap (tiada gangguan cahaya).
✅Pandangan anda juga tidak terhalang dengan bangunan yang tinggi, pokok atau rumah.
✅Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lebih gelap, lebih baik
✅Sesuaikan mata anda dengan keadaan yang gelap selama 20 minit.
✅Tidak perlu memfokuskan ke arah buruj Aquarius sahaja untuk melihat hujan meteor ini kerana ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.

𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗸𝗮𝗸𝗶:
▪Aquarius ialah buruj zodiak hemisfera selatan yang luas yang berhampiran dengan Pegasus, dan bintang tercerahnya terdiri daripada bintang magnitud ketiga.
▪Komet ialah jasad cakerawala yang beredar mengelilingi Matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.

.
𝗦𝗨𝗠𝗕𝗘𝗥 𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡
▪https://earthsky.org/…/everything-you-need-to-know…/
▪https://www.rmg.co.uk/…/delta-aquariid-meteor-shower….
▪https://solarsystem.nasa.gov/…/delta-aquariids/in-depth/
▪https://skyandtelescope.org/…/the-best-meteor-showers…/
▪http://astropixels.com/alm…/almanac21/almanac2023awst.html

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#merakyatkansains #menginsankanteknologi

Skip to content