Peserta perlu menghasilkan video pendek dengan tema Angkasa dan Perubahan Iklim berdurasi 1 hingga 3 minit. Pertandingan video ini dapat membantu mentransformasikan proses pembelajaran sains angkasa dari STEM ke STEAM iaitu Integrasi Seni (Art) ke dalam Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematic). Ia juga merupakan salah satu usaha dalam penyampaian maklumat sains angkasa kepada orang awam melalui pendekatan edutainment.