(Last Updated On: 2024-03-06)
TM
TM A
Kelebihan planet Bumi ialah ia mempunyai medan magnet (magnetosphere) untuk melindungi Bumi daripada partikel berbahaya yang bergerak dengan kelajuan tinggi dan sentiasa menghentam semua objek di ruang angkasa serta berupaya mengion atom dan zarah neutral di sekitar Bumi. Selain itu, medan magnet Bumi mempunyai kekutuban yang menghala ke arah utara Bumi secara semulajadi.
 
Justeru, kesan cuaca angkasa tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem teknologi di negara-negara yang berlatitud rendah seperti Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa. Kawasan yang terletak di garisan Khatulistiwa ini mempunyai lapisan medan magnet yang tebal berbanding di negara-negara yang berlatitud tinggi.
Skip to content