Imej dan video cerapan KOMET C/2023 A3 (Tsuchinshan–ATLAS) yang dirakam pada 4 Oktober 2024 di Langkawi. Cerapan oleh Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia (MYSA); Mohammad Redzuan Tahar, Farahana Kamarudin dan Karzaman Ahmad.
Komet Tsuchinshan-ATLAS ini telah dijumpai oleh Purple Mountain Observatory, China pada 9 Januari 2023 dan Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System (ATLAS), South Afrika pada 22 September 2023.
Komet ini mula dicerap dengan menggunakan mata kasar dan fotografi pada 20 September 2024 oleh peminat-peminat astronomi.
Pada awal bulan September 2024, komet ini boleh dicerap sebelum Matahari terbit di kawasan hemisfera Selatan manakala pada pertengahan Oktober iaitu bermula pada 12 – 30 Oktober 2024, komet ini dapat dicerap selepas Matahari terbenam.