(Last Updated On: 2024-03-12)
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah membuka tirai bulan Ramadan yang bakal tiba pada 12 Mac 2024 dengan perkongsian ilmu oleh YBrs. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan tajuk ceramahnya ‘Marhaban Ya Ramadan’.
.
Perkongsian yang menarik antaranya bersyukur atas hidayah yang diberi oleh Allah SWT agar dapat kita mengenal pasti keutamaan penting dalam kehidupan, keberkatan Ramadan, mendidik jiwa untuk ikhlas dan sabar serta menginsankan manusia.
.
Ceramah khas anjuran Kelab Sukan & Sosial Agensi Angkasa Malaysia (MYSAC) telah berlangsung di Dewan Seminar MYSA, 11 Mac 2024. Moga menjadi asbab kebaikan untuk semua.
Skip to content