MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang wujud secara berkelompok di dalam alam semesta bersama-sama gas dan debu yang diikat oleh tarikan graviti. Terdapat berjuta-juta galaksi dalam alam semesta dan dalam setiap galaksi, terdapat berjuta-juta bintang yang masing-masing memancarkan cahayanya tersendiri.

.
Galaksi di mana Sistem Suria kita, iaitu Matahari dan semua planet berada dinamakan Bima Sakti atau Milky Way. Sistem Suria merupakan salah satu daripada berbilion sistem yang terdapat di dalam galaksi ini. Bima Sakti mula terbentuk kira-kira 13.6 bilion tahun yang lalu dan merupakan sebahagian daripada kumpulan galaksi yang dikenali sebagai Kumpulan Tempatan.

.
Bima Sakti adalah galaksi pilin berpalang (barred spiral galaxy) yang berdiameter antara 100,000 hingga 120,000 tahun cahaya, dengan ketebalan selebar 1,000 tahun cahaya. Bima Sakti dianggarkan mengandungi 200 billion butir bintang dan bilangan planet yang sama banyak sekiranya kita menganggap setiap bintang akan mempunyai sekurang-kurangnya satu planet.

.
Keseluruhan kandungan Bima Sakti mengelilingi sebuah lohong hitam supermasif, iaitu Sagittarius A*, yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti dengan jisimnya bernilai 4.3 juta jisim suria. Sistem Suria kita terletak sejauh 27,000 tahun cahaya dari pusat galaksi tersebut, iaitu di pinggir lengan Orion, salah satu lengan gas dan habuk berbentuk pilin dalam galaksi ini.

.
๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—ž๐—œ:
โ€ข ๐—š๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—น ๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜…๐˜†): Galaksi pilin (spiral) yang mempunyai pusat berbentuk struktur bar yang terdiri daripada bintang-bintang.
โ€ข ๐—Ÿ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ต๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐˜‚๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ณ: Lubang hitam yang amat besar yang berukuran kira-kira 106 hingga 109 kali ganda jisim suria yang dikatakan wujud di pusat sesetengah galaksi.
โ€ข ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป (๐—น๐—ผ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—ด๐—ฟ๐—ผ๐˜‚๐—ฝ): sebuah kumpulan galaksi yang terdiri daripada lebih 30 galaksi dan galaksi kita, Bima Sakti, merupakan salah satu dari ahli kumpulan ini. Keluasannya meliputi diameter sekitar 10 juta tahun cahaya dan pusat gravitinya terletak di antara galaksi Bima Sakti dan galaksi Andromeda.
โ€ข ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฐ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ (๐—น๐—ถ๐—ด๐—ต๐˜ ๐˜†๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ): Jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 X 10^15 meter.
โ€ข ๐—๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—บ ๐˜€๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ (๐˜€๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜€): Unit jisim yang digunakan dalam astronomi. 1 jisim suria bersamaan dengan jisim Matahari, iaitu 2.0 X 10^30 kg. Selalu digunakan untuk menunjukkan jisim bintang seperti gugusan bintang, nebula, galaksi dan lohong hitam.

.
๐—ฅ๐—จ๐—๐—จ๐—ž๐—”๐—ก:
โœ…https://www.britannica.com/place/Milky-Way-Galaxy
โœ…https://solarsystem.nasa.gov/…/285/the-milky-way-galaxy/
โœ…https://apod.nasa.gov/apod/ap051004.html
โœ…https://www.space.com/19915-milky-way-galaxy.html
โœ…https://earthsky.org/astron…/what-is-the-milky-way-galaxy/

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyatย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย 

ย 
Skip to content