Galaksi merupakan kumpulan bintang-bintang yang wujud secara berkelompok di dalam alam semesta bersama-sama gas dan debu yang diikat oleh tarikan graviti. Terdapat berjuta-juta galaksi dalam alam semesta dan dalam setiap galaksi, terdapat berjuta-juta bintang yang masing-masing memancarkan cahayanya tersendiri.

.
Galaksi di mana Sistem Suria kita, iaitu Matahari dan semua planet berada dinamakan Bima Sakti atau Milky Way. Sistem Suria merupakan salah satu daripada berbilion sistem yang terdapat di dalam galaksi ini. Bima Sakti mula terbentuk kira-kira 13.6 bilion tahun yang lalu dan merupakan sebahagian daripada kumpulan galaksi yang dikenali sebagai Kumpulan Tempatan.

.
Bima Sakti adalah galaksi pilin berpalang (barred spiral galaxy) yang berdiameter antara 100,000 hingga 120,000 tahun cahaya, dengan ketebalan selebar 1,000 tahun cahaya. Bima Sakti dianggarkan mengandungi 200 billion butir bintang dan bilangan planet yang sama banyak sekiranya kita menganggap setiap bintang akan mempunyai sekurang-kurangnya satu planet.

.
Keseluruhan kandungan Bima Sakti mengelilingi sebuah lohong hitam supermasif, iaitu Sagittarius A*, yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti dengan jisimnya bernilai 4.3 juta jisim suria. Sistem Suria kita terletak sejauh 27,000 tahun cahaya dari pusat galaksi tersebut, iaitu di pinggir lengan Orion, salah satu lengan gas dan habuk berbentuk pilin dalam galaksi ini.

.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜:
• 𝗚𝗮𝗹𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 (𝗯𝗮𝗿𝗿𝗲𝗱 𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝗹 𝗴𝗮𝗹𝗮𝘅𝘆): Galaksi pilin (spiral) yang mempunyai pusat berbentuk struktur bar yang terdiri daripada bintang-bintang.
• 𝗟𝗼𝗵𝗼𝗻𝗴 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 𝘀𝘂𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶𝗳: Lubang hitam yang amat besar yang berukuran kira-kira 106 hingga 109 kali ganda jisim suria yang dikatakan wujud di pusat sesetengah galaksi.
• 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗹𝗼𝗰𝗮𝗹 𝗴𝗿𝗼𝘂𝗽): sebuah kumpulan galaksi yang terdiri daripada lebih 30 galaksi dan galaksi kita, Bima Sakti, merupakan salah satu dari ahli kumpulan ini. Keluasannya meliputi diameter sekitar 10 juta tahun cahaya dan pusat gravitinya terletak di antara galaksi Bima Sakti dan galaksi Andromeda.
• 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 (𝗹𝗶𝗴𝗵𝘁 𝘆𝗲𝗮𝗿): Jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 X 10^15 meter.
• 𝗝𝗶𝘀𝗶𝗺 𝘀𝘂𝗿𝗶𝗮 (𝘀𝗼𝗹𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘀𝘀): Unit jisim yang digunakan dalam astronomi. 1 jisim suria bersamaan dengan jisim Matahari, iaitu 2.0 X 10^30 kg. Selalu digunakan untuk menunjukkan jisim bintang seperti gugusan bintang, nebula, galaksi dan lohong hitam.

.
𝗥𝗨𝗝𝗨𝗞𝗔𝗡:
✅https://www.britannica.com/place/Milky-Way-Galaxy
✅https://solarsystem.nasa.gov/…/285/the-milky-way-galaxy/
✅https://apod.nasa.gov/apod/ap051004.html
✅https://www.space.com/19915-milky-way-galaxy.html
✅https://earthsky.org/astron…/what-is-the-milky-way-galaxy/

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#BekerjaBersamaRakyat #merakyatkansains #menginsankanteknologi 

 
Skip to content