Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) turun padang memberi latihan kepada Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) bagi penggunaan perkhidmatan data satelit (image service) dan analitik asas spatial menerusi Bengkel Pengenalan Data Satelit dan Perkhidmatan Imej Satelit MYSA untuk Analisis dan Perancangan Pembangunan IRDA, 14 – 15 April 2026 bertempat di Pejabat IRDA, Johor.
.
Bengkel merupakan langkah awal untuk menyokong operasi sistem aplikasi dan pangkalan data yang berteraskan teknologi angkasa bagi tujuan memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan Wilayah Iskandar Malaysia dan Johor-Singapore Special Economic Zone(JS-SEZ) dengan lebih cekap dan berkesan.
.
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dengan IRDA telah ditandatangani pada September tahun lalu. MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.