Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MYSA 2026-2030 telah berlangsung di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 17-19 September 2025.
.
Bengkel ini disertai oleh pegawai-pegawai MYSA bersama tenaga pengajar daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dengan perasmian disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA.
.
📌 Bengkel ini bertujuan untuk memahami lima fasa pembangunan PSP mengikut Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam, sekaligus membantu pasukan kerja MYSA merangka Pelan Strategik Pendigitalan MYSA bagi tempoh 2026-2030.
Skip to content