Tahniah kepada semua pemenang peringkat kebangsaan.
.
Kertas cadangan tiga peserta terbaik di peringkat kebangsaan akan diteliti oleh Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) di peringkat antarabangsa.
.
Program ATZ-G 2025 dianjurkan oleh JAXA. Penyertaan peringkat Malaysia diselaras bersama oleh Planetarium Negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Program memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan kertas cadangan eksperimen yang kreatif dan inovatif untuk dilaksanakan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).