Tahniah! MYSA dan MPK. 👏🤝👍
,
Sistem Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Center (MPK-GIC) telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam Johor Smart City Awards 2025 bagi kategori Best Smart City Initiative (Johor Government Sector) pada 23 September 2025.
📌Berteraskan teknologi angkasa meliputi :
▪️Teknologi Penderiaan Jauh (Remote Sensing)
▪️Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)];
▪️Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; Dan
▪️Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
📌Tujuan: Pemantauan kawasan pentadbiran MPK yang lebih menyeluruh, berkala dan berketepatan tinggi. Sistem menyediakan maklumat/data yang lebih tepat berkaitan projek pembangunan dan infrastruktur, pelesenan, percukaian, perancangan bandar, pengindahan landskap, kawalan persekitaran dan keselamatan.
📌Penggunaan imej satelit beresolusi sangat tinggi pelbagai sensor termasuk Pleiades Neo (0.3m), WorldView (0.31m), Pleiades (0.5m), SPOT-6 (1.5m) dan juga imej dron.
📌Kajian keberkesanan: Sistem ini mampu menjimatkan masa operasi antara 50% hingga 75% berbanding kaedah manual, meningkatkan tahap ketepatan sehingga 95% dan mengurangkan kos operasi sekurang-kurangnya 25%.
MoU antara MYSA dan MPK telah dimeterai pada Februari 2023 menyaksikan kerjasama kedua-dua pihak dalam membangunkan sistem aplikasi MPK-GIC.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content