Satu Majlis Penyerahan Projek Siap melibatkan Kerja-kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara Jenis VRF Aras G dan Makmal Geo-AI bagi Ibu Pejabat MYSA telah berlangsung pada 26 November 2026 di Dewan Seminar, Ibu Pejabat MYSA.
Ketua Pengarah MYSA, Dato’ Gs. Haji Azlikamil Napiah telah menerima Dokumen Perakuan Serahan Kerja Siap daripada Ir. Amran bin Ahmad, Ketua Jurutera, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, lbu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia sambil disaksikan oleh Puan Nik Mazlina Binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA dan Encik Mohd Yusof Ahmad, Jurutera Mekanikal Penguasa, JKR.