Kos keseluruhan berjumlah RM500,000.00, menggunakan peruntukan penuh yang disalurkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Kementerian Kewangan (MoF). Skop projek merangkumi pembangunan infrastruktur Pusat Komuniti Kampung (Dewan Terbuka Serbaguna, gelanggang sepak takraw dan taman permainan), pemerkasaan sosioekonomi pertanian (perolehan unit dron pertanian serta mesin pemprosesan padi), dan penganjuran program kemasyarakatan berlandaskan keutamaan serta keperluan sebenar penduduk kampung.