Sesi Bual Bicara & Motivasi bersama Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz bin Khaleed, bersempena Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) MYSA 2026 di SMK Dato’ Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor pada hari ini.
 
Sesi ini telah menyuntik inspirasi dan semangat baharu kepada 450 orang pelajar untuk terus meneroka bidang STEM, khususnya sains dan teknologi angkasa. Semoga perkongsian ini menjadi pencetus kepada kelahiran lebih ramai bakat muda bernilai tinggi yang bakal memacu ekosistem angkasa negara pada masa hadapan.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content