Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di SMK Dato’ Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor pada hari ini, 11 September 2026.
 
Sesi peluncuran program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Pemilihan SMK Dato’ Mustaffa sebagai SAM MYSA 2026 menterjemahkan komitmen MYSA dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI menerusi pendekatan Whole of Government bagi memperkasa pendidikan, sosial dan pemanfaatan teknologi di peringkat sekolah. Sebagai Sekolah Angkat MADANI MYSA bagi tahun 2026, SMK Dato’ Mustaffa menerima manfaat melalui tiga (3) skop projek, iaitu:
 
🔹 Bantuan Infrastruktur dan Kemudahan Sekolah – melibatkan penaiktarafan Dewan Utama, Bilik Seminar dan Makmal ICT serta penyerahan aset bernilai sekitar RM70,000.
🔹Program Apresiasi Pendidikan Khas – penganjuran Majlis Apresiasi bagi 78 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi Daerah Sabak Bernam
🔹 Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran – sesi perkongsian motivasi dan inspirasi bersama Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz bin Khaleed, yang melibatkan seramai 450 orang pelajar.
 
Turut diadakan bersempena majlis ini ialah pameran STEM, pameran hasil murid, reruai MYSA serta pendedahan kepada proses pencerapan Matahari.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content