Dua hari yang penuh inspirasi!
Berlangsung pada 22–23 Ogos 2026 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, program Science Castle Asia 2026 menghimpunkan pelajar dari 11 negara rantau Asia antaranya Jepun, Korea, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam dan penyertaan lebih 100 institusi sekolah menengah seluruh Malaysia untuk meneroka dunia STEM termasuk teknologi angkasa.
.
Penglibatan MYSA dalam program ini selaras Teras 3 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Memacu Pembangunan Sains dan Teknologi Angkasa serta Membina Kepakaran. YBrs. Puan Norafiza Saleha binti Sahlan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik MYSA, sebagai barisan hakim untuk menilai pembentangan projek penyelidikan pelajar; Encik Faitz Aqira bin Nordin, Pegawai Penyelidik MYSA, menyuntik minat pelajar terhadap teknologi angkasa melalui sesi perkongsian; pameran; serta aktiviti hands-on origami satelit yang mencetus keterujaan para pelajar. 🛰️
.
Program adalah anjuran syarikat Leave a Nest dengan kerjasama USIM.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content