▪️Malaysia mempunyai asas kukuh untuk merebut peluang dalam ekonomi angkasa menerusi kekuatan industri elektrik dan elektronik (E&E), aeroangkasa serta keupayaan sektor hiliran angkasa tempatan yang telah dibangunkan sejak negara mula memanfaatkan teknologi angkasa pada 1988.
▪️Pembangunan industri angkasa perlu dipacu menerusi penyertaan lebih besar sektor swasta melalui model Kerjasama Awam Swasta (PPP), Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), pelaburan dan co-creation (penciptaan bersama) bersama rakan antarabangsa bagi mengurangkan kos pembangunan teknologi serta mempercepat penguasaan teknologi tempatan.
▪️Fokus kini untuk memperluaskan penguasaan kepada aktiviti pertengahan dan huluan termasuk pembangunan teknologi, pembuatan serta pengoperasian satelit.
▪️Kerjasama antarabangsa penting kerana teknologi angkasa berkembang terlalu pantas untuk sesebuah negara membangunkan keseluruhan keupayaannya secara bersendirian.
▪️Kejayaan sektor angkasa bukan diukur melalui penghantaran manusia ke angkasa semata-mata, tetapi sejauh mana teknologi yang dibangunkan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
-YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah-
Ketua Pengarah
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
Liputan berita: Astro AWANI
Skip to content