Bengkel Pembangunan Sistem Maklumat Cuaca Angkasa Bersepadu 2026 memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti sumber dan jenis data cuaca angkasa sedia ada, menyeragamkan format serta metadata, merangka struktur pangkalan data, di samping membincangkan mekanisme perkongsian, penyimpanan, sandaran dan tadbir urus data cuaca angkasa di Malaysia. Perbincangan turut menekankan kepentingan penyelarasan data bagi mewujudkan pengurusan maklumat yang lebih sistematik dan bersepadu.
.
Hasil bengkel menjadi asas kepada pembangunan Sistem Maklumat Cuaca Angkasa Bersepadu, sekali gus memperkukuh ekosistem pengurusan data negara serta meningkatkan keupayaan Malaysia dalam aspek pemantauan, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan cuaca angkasa.
Hasil bengkel ini akan menjadi asas kepada pembangunan Sistem Maklumat Cuaca Angkasa Bersepadu, sekali gus memperkukuh pengurusan data cuaca angkasa negara serta meningkatkan keupayaan dalam pemantauan, penyelidikan dan penyampaian perkhidmatan cuaca angkasa.
.
Bengkel telah berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2026 di Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Langkawi, Kedah, dengan penyertaan wakil agensi kerajaan, institusi akademik serta pakar dalam bidang berkaitan.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content