Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Kerjasama Strategik antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah dipengerusikan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Encik Zulkifli bin Romli, Pengurus Besar MADA.
.
▪️Fokus mesyuarat kali ini membincangkan cadangan pembangunan MADA Space Intelligent System (MASIS). Sistem ini merupakan pusat data sehenti (One-Stop Center) meliputi teknologi satelit penderiaan jauh (remote sensing) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta pemantauan pertanian berasaskan data.
▪️Rangka pembangunan MASIS merangkumi pelbagai modul termasuk penggunaan sistem aplikasi MADA Dam Monitoring Systems (MADAMS) yang memantau paras air, kualiti air, sedimentasi tanah dan perubahan guna tanah empangan di Muda, Pedu, dan Ahning; pemantauan status fasa dan keluasan penanaman padi, penyakit dan serangga perosak, bencana dan iklim; serta data sistem inventori digital bagi aset dan tanah MADA.
▪️Inisiatif ini dijangka dapat menangani cabaran pemantauan terhadap keluasan 99,489.42 hektar petak sawah aktif secara fizikal.
.
Turut diadakan, lawatan ke Empangan Pedu, yang merupakan antara kawasan empangan yang terlibat dalam pembangunan MADA Dam Monitoring System (MADAMS). Sistem terbitan teknologi angkasa ini bertujuan untuk menyokong pengurusan dan pengoperasian empangan.
.
MYSA terus komited dalam memperkukuh penggunaan teknologi angkasa bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan, selaras dengan Teras 2 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), iaitu menumpukan kepada Pembangunan Teknologi, Infrastruktur dan Aplikasi Angkasa yang Signifikan kepada Negara.
.
Mesyuarat berlangsung pada 28 Julai 2026, bertempat di Dewan Syed Nahar, MADA, Kedah.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content