Last Updated on: 2026-07-07
TM FENOMENA APHELION 7 JULAI 2026
TM A FENOMENA APHELION 7 JULAI 2026
Pada tahun 2026, fenomena Aphelion akan berlaku pada 7 Julai 2026 sekitar 1:30 pagi (waktu Malaysia). Ketika itu, jarak antara Bumi dan Matahari dianggarkan 152,087,775 kilometer. Sebaliknya, fenomena Perihelion telah berlaku pada 3 Januari 2026, apabila Bumi berada pada jarak kira-kira 147,104,593 kilometer daripada Matahari.
 
Walaupun terdapat perbezaan jarak sekitar 5 juta kilometer antara Aphelion dan Perihelion, perubahan musim dan cuaca di Bumi bukan disebabkan oleh perubahan jarak tersebut. Sebaliknya, musim berlaku akibat kecondongan paksi putaran Bumi sebanyak 23.5° terhadap satah orbitnya. Oleh sebab itu, ketika Aphelion berlaku, Hemisfera Utara sedang mengalami musim panas, manakala Hemisfera Selatan sedang mengalami musim sejuk
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
Perbezaan jarak di antara Bumi dengan Matahari semasa Aphelion/Perihelion boleh berubah sedikit setiap tahun (beberapa ribu kilometer) kerana gangguan graviti planet lain.
 
Skip to content