Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi bulan Jun telah diadakan pada 26 Jun 2026 di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, telah menyampaikan amanat yang menyentuh beberapa perkara utama.
.
▪️Permintaan terhadap penggunaan teknologi angkasa bagi menyokong urus tadbir dan operasi kementerian, jabatan serta agensi Kerajaan merentas pelbagai sektor semakin meningkat. Perkembangan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan yang semakin kukuh terhadap kepakaran serta keupayaan MYSA, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik.
▪️Justeru, warga MYSA perlu sentiasa bersedia mendepani peningkatan permintaan tersebut dengan memperkukuh penguasaan teknologi, meningkatkan kompetensi serta memanfaatkan teknologi terkini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan memberi impak tinggi kepada pelanggan, pemegang taruh dan rakyat.
▪️Kekal fokus dalam merealisasikan aspirasi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030). Sasaran menjelang tahun 2030, termasuk mewujudkan sehingga 5,000 peluang pekerjaan baharu dan menyumbang sekurang-kurangnya 1% atau RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), memerlukan komitmen, kesungguhan dan tindakan bersepadu seluruh warga MYSA.
▪️Setiap program dan aktiviti perlu selaras dengan dasar semasa Kerajaan, disokong oleh pengurusan kewangan yang berhemah melalui langkah penjimatan serta perkongsian sumber dan kos bersama rakan strategik tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan.
.
Mengakhiri amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan amalan inovasi dan kreativiti, di samping berdisiplin, berintegriti, bertanggungjawab serta sentiasa bersedia untuk berubah ke arah kecemerlangan, kerana kejayaan organisasi bermula dengan nilai dan sikap setiap warga kerja.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content