69th Session of the Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (COPUOS) sedang berlangsung bermula 10 hingga 18 Jun 2026, bertempat di Vienna International Centre (VIC), Vienna, Austria. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merupakan focal point negara dalam mesyuarat COPUOS. Pernyataan negara Malaysia di bawah Agenda Item 5: General Exchange of Views yang mewakili Malaysia kali ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Ridzwan Shahabudin, Kaunselor, Kedutaan dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Organisasi Antarabangsa Lain di Vienna.
.
Pernyataan negara ini membentangkan status pelaksanaan aktiviti sektor angkasa negara bagi tahun 2025/2026 selaras dengan prinsip penggunaan angkasa lepas untuk tujuan aman.
▪️Malaysia telah menyertai dua (2) triti angkasa:- Treaty on Principles Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, including the Moon and Other Celestial Bodies (OST, 1967); dan Convention on Registration of Object Launched Into Outer Space (REG 1975).
▪️Pelancaran dua (2) satelit Malaysia iaitu TerraX pada 19 Oktober 2025; dan UiTMSAT-2 pada 3 Februari 2026.
▪️ Ekonomi angkasa Malaysia terus berkembang dengan lebih 70 syarikat yang terlibat secara aktif dalam ekosistem angkasa negara dengan hasil pendapatan RM6.21 bilion (2017 – 2024).
.
Penglibatan negara secara aktif dalam mesyuarat ini bertujuan:
▪️mendapatkan maklumat aktiviti berkaitan eksplorasi, usaha saintifik dan teknologi angkasa terkini yang dilaksanakan oleh COPUOS dan negara anggota lain;
▪️ruang dan peluang kepada negara memberikan pandangan berkaitan pembangunan sektor angkasa dan isu berkaitan dasar, dialog kontemporari dalam tadbir urus angkasa dan aspek baharu yang muncul dalam ekosistem angkasa seperti pengkomersialan, perdagangan dan pembangunan industri berkaitan angkasa meningkat dan memperkukuh hubungan kerjasama antarabangsa.
.
Muat turun pernyataan negara di pautan:
…………………………..
📌COPUOS telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk mengawal selia aktiviti penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman untuk manfaat manusia. Malaysia menyertai COPUOS pada tahun 1994.
📌United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) bertindak sebagai sekretariat kepada COPUOS dan jawatankuasa di bawahnya bagi memastikan jawatankuasa ini dapat terus berfungsi sebagai platform unik untuk mengekalkan prinsip penggunaan angkasa untuk tujuan aman di peringkat antarabangsa.
📌Mesyuarat COPUOS merupakan platform tertinggi di peringkat antarabangsa yang membincangkan isu, cabaran dan promosi jalinan kerjasama dalam pembangunan sektor angkasa secara global.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content