Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi Tahun 2026 berlangsung di Ibu pejabat MYSA, Kuala Lumpur, 20 Mei 2026. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mustaffa (SDM), Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor telah dipilih sebagai SAM MYSA tahun 2026. Delegasi sekolah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Idrus bin Haji Arifin, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Turut berlangsung penyerahan sijil pelantikan kepada YBrs. Puan Marhani binti M.Haniff, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam. PPD Sabak Bernam dilantik sebagai agensi pelaksana SAM MYSA 2026.
.
Mesyuarat bertujuan untuk memastikan setiap perancangan, kaedah pelaksanaan, penyaluran peruntukan dan pelaporan program dilaksanakan secara teratur, telus dan berakauntabiliti.
.
Antara cadangan projek/program termasuk:
▪️ naik taraf dewan sekolah, bilik Ibnu Khaldun dan makmaL ICT
▪️ program STEM STI Angkasa peringkat daerah Sabak Bernam
.
SAM MYSA 2026 membawa makna besar, bukan sekadar menaik taraf kemudahan, tetapi juga membuka ruang baharu untuk pelajar mendekati dunia sains dan teknologi angkasa. Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan pendidikan kerajaan serta melahirkan generasi celik STEM.
.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Haji Mohamad Radzi bin Abdul Mutalib, YDP PIBG SDM; dan YBrs. Puan Hajah Nor Khizan binti Dulah, Pengetua SDM.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content