TECHNOMART Malaysia-Japan: SpaceTech Collaboration II menjadi platform strategik dalam memperkukuh kerjasama Malaysia–Jepun bagi pembangunan teknologi angkasa, khususnya dalam bidang pembangunan satelit kecil dan teknologi penderiaan jauh.
.
Ucaptama telah disampaikan oleh TYT Shikata Noriyuki, Duta Besar Jepun ke Malaysia; manakala ucapan pembukaan disampaikan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
.
Turut serta, YBrs. Encik Mohd Zakwan Mohd Zabidi, Naib Presiden Kanan, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT); dan YBhg. Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed, Presiden Malaysian Space Industry Consortium (MASIC).
.
Program membuka ruang untuk meneroka potensi kerjasama teknologi, pembangunan bakat, integrasi rantaian bekalan, inovasi bersama serta potensi pengkomersialan.
.
Lebih 40 pemain industri, akademia dan penyelidik tempatan kedua-dua negara terlibat dalam program melalui sesi pembentangan teknikal, perkongsian kepakaran, padanan perniagaan dan bengkel khusus berkaitan pembangunan satelit kecil dan aplikasi teknologi penderiaan jauh untuk sektor maritim.
.
Program selaras dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Meningkatkan dan Mengukuhkan Kerjasama serta Jaringan Antarabangsa dalam usaha memacu pembangunan sektor angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara.
.
Program anjuran MIGHT dan MYSA dengan kerjasama Malaysian Space Industry Consortium (MASIC), Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA), Japan External Trade Organization (JETRO) dan Consortium for Satellite Earth Observation (CONSEO), berlangsung pada 18 dan 19 Mei 2026 di Ibu Pejabat MIGHT, Cyberjaya. Program ini merupakan kesinambungan kepada TECHNOMART Malaysia–Japan yang pertama kali dianjurkan sempena Ekspo Osaka 2025.