MYSA, DBKK METERAI KERJASAMA STRATEGIK PERKASA TADBIR URUS BANDARAYA MELALUI TEKNOLOGI ANGKASA
 
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) strategik dalam usaha memperkasa kecekapan tadbir urus serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bandaraya melalui penggunaan teknologi angkasa.
.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA, serta disaksikan oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada DBKK. Majlis telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), 5 Mei 2026. Pemeteraian MoU ini amat signifikan ketika negara sedang giat memperkasa pembangunan sektor angkasa secara terancang dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
.
Skop kerjasama ini merangkumi:
▪️pembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing), GIS; dan ICT
▪️integrasi pangkalan data spatial bandar
▪️pelaksanaan program latihan dan pemindahan teknologi
▪️aktiviti promosi berkaitan.
.
Inisiatif strategik ini dijangka memperkukuh pelbagai aspek pengurusan bandar, termasuk perancangan pembangunan bandaraya, pengurusan tanah dan penilaian harta, kawalan pembangunan, serta pemantauan bencana dan keselamatan awam secara lebih efisien dan bersepadu.
.
MYSA komited menyusun strategi meningkatkan penerimaan teknologi angkasa membantu kecekapan pengurusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan selaras dengan Teras 2 dalam DAN2030 iaitu menumpukan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content