Komitmen memperkukuh sektor angkasa negara terus diperkasa melalui lawatan kerja YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting, Selangor.
.
Dalam lawatan ini, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah membentangkan hala tuju dan matlamat Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), pencapaian semasa Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030), ekosistem pembangunan teknologi angkasa dan status projek-projek pembangunan khususnya di KTA yang menjadi antara pemacu utama pembangunan ekosistem angkasa negara.
.
Hadir sama ialah YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan MOSTI dan pegawai daripada Kementerian Ekonomi (KE) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Delegasi telah dibawa melawat bagi meninjau kemajuan pelaksanaan beberapa projek strategik antaranya lawatan ke Makmal Pembangunan Projek CubeSat, Makmal pengujian Keserasian Elektromagnetik (EMC) dan pelantar antena Fasiliti Kawalan Misi (FKM).
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content