Ikuti siaran Langsung Cerapan Anak Bulan Syawal bersama-sama JAKIM dan agensi-agensi strategik pada:
Tarikh: 19 Mac 2026
Masa: 4.50 petang
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) akan turut terlibat menjayakan siaran langsung ini menerusi lintas langsung dari Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah.
Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh Malaysia.
Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) MYSA telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Rukyah Negeri Kedah.
MYSA berperanan memberi khidmat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop.