YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kunjungan hormat delegasi Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas (United Nations Office For Outer Space Affairs [UNOOSA]) yang diketuai oleh Ms. Aarti Holla-Maini, Pengarah UNOOSA, 9 Mac 2026 bertempat di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor.
.
Delegasi dibawa melawat ke Fasiliti Kawalan Misi (FKM) dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT). Fasiliti AIT merupakan sebuah makmal bagi menjalankan pengujian ke atas satelit sebelum satelit dilancarkan. FKM dibangunkan khusus bagi perkhidmatan pengoperasian misi angkasa meliputi telemetri, penjejakan dan kawalan. Kedua-dua fasiliti yang tersedia ini telah menarik minat industri tempatan dan juga luar negara bagi mendapatkan perkhidmatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content