▶️Cerapan hilal bagi penentuan awal Ramadan 1447H telah dijalankan pada 17 Februari 2026 di Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah.
▶️Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia.
▶️Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Rukyah Negeri Kedah. MYSA berperanan memberi khidmat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop.
Skip to content