Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL) telah membangunkan sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa iaitu Jempol Land Monitoring and Information System (JLMIS).
.
JLMIS menyokong operasi PDTJL khususnya dalam aspek:

mengenal pasti kedudukan dan fizikal tanah di tapak/ lokasi;

memantau/ mengawal selia kegiatan/ aktiviti penggunaan tanah semasa;

memantau/ mengawal selia aktiviti penerokaan tanah Kerajaan; serta

penjanaan laporan pemantauan tanah.
MYSA komited menyusun strategi meningkatkan penerimaan teknologi angkasa membantu kecekapan pengurusan penyampaian perkhidmatan Kerajaan selaras dengan Teras 2 dalam Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu menumpukan kepada teknologi, infrastruktur dan aplikasi angkasa yang signifikan kepada negara.
.
Angkasa untuk semua | Space for all