Majlis Penyerahan Projek Siap Kerja-Kerja Penggantian Sistem Penyaman Udara Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Kuala Lumpur di bawah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berlangsung pada 20 November 2025, bertempat di Dewan Seminar MYSA.
.
Penyerahan dokumen Perakuan Serahan Kerja Siap daripada YBrs. Ir. Ts. Br. Gs. PMr. Amran bin Ahmad, Ketua Jurutera Mekanikal, JKR kepada YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA telah disaksikan oleh YBrs. Ts. Siti Hasnah Binti Abu Hasan Shaari, Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, MOSTI.
.
Turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil kontraktor yang terlibat.
.
Terima kasih atas komitmen semua.