Membuka langkah dan membina masa depan dengan teknologi angkasa. YBhg. Datoβ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkongsi mengenai kepentingan teknologi angkasa, pembudayaan, pembangunan bakat, sasaran yang ingin dicapai menjelang 2030 serta perkongsian sambutan Minggu Angkasa Sedunia 2025 (World Space Week [WSW]). Tema WSW2025 Kehidupan di Angkasa (Living In Space) memberi tumpuan kepada bagaimana penempatan boleh dibangunkan, hinggalah kepada teknologi canggih yang diperlukan untuk menjamin kelangsungan hidup di luar Bumi.