Mesyuarat Pemantauan dan Lawatan Projek Naik Taraf Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dipengerusikan oleh YBhg. Gs. Datoβ Hj. Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA pada 22 September 2025. Taklimat kemajuan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf telah disampaikan oleh Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Langkawi.
.

Skop projek meliputi kerja-kerja dalaman dan luaran bangunan; infrastruktur, perabot dan penyediaan ruang penyelidikan astronomi di balai cerap.

Naik taraf ONL bukan sekadar penambahbaikan fasiliti, tetapi sebuah usaha strategik untuk menjadikan ONL sebagai hab astronomi negara, pusat rujukan penting bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang astronomi.
.
Angkasa untuk semua | Space for all