Perkongsian kepakaran daripada pasukan Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan (BAPP), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di Kursus Asas Pengendalian Dron: Memperkasakan Sistem Geoinformasi (GIS).
.
▪️Kursus dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), bermula 7 hingga 11 September 2025, bertempat di Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang dan disertai oleh 43 warga AADK.
.
▪️Tenaga pengajar diketuai oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Abd Razak bin Sipit, Pengarah BAPP, MYSA. Pendedahan teori dan latihan praktikal:
📌pengoperasian dron mengikut peraturan dan undang-undang
📌proses data dron serta integrasi maklumat sedia ada untuk keperluan organisasi.
.
▪️Kemahiran ini amat penting dalam usaha memperkukuh sistem GIS, khususnya untuk pengumpulan maklumat, pemetaan dan analisis data lapangan dalam merancang aktiviti dan operasi agensi.
Skip to content