Sesi Libat Urus Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi Penyediaan Kerangka Pembangunan Bandar Angkasa bersama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI), Sabah pada 10 September 2025 bertempat di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
.
Sesi libat urus ini bertujuan:
📌 Memaklumkan Mengenai Intipati Kerangka Pembangunan Bandar Angkasa Di Malaysia Sebagai Dokumen Rujukan Kepada Pihak Berkuasa Perancang Bandar, Industri Berkaitan dan Pelabur.
📌 Mendapatkan Input Pandangan Kerajaan Negeri Untuk Memperhalusi Penyediaan Akhir Kerangka.
.
Pembentangan meliputi aspek:
▪️komponen bandar angkasa di Malaysia
▪️rujukan bandar angkasa global yang telah wujud
▪️kesesuaian lokasi dan infrastruktur pembangunan bandar angkasa
▪️pelaburan dan model kewangan yang mampan
▪️kerangka perundangan di Malaysia dan global.
Skip to content