YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) membentangkan mengenai “Penggunaan Teknologi Angkasa Bagi Pemantauan Sumber Air Bawah Tanah di Malaysia” di program Seminar Potensi Air Bawah Tanah, 17 Jun 2025, Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
.
Penggunaan teknologi angkasa dalam pemetaan dan penerokaan sumber air bawah tanah mampu menjimatkan masa dan kos serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. Pembentangan beliau meliputi:

konsep dan pengoperasian teknologi remote sensing

kelebihan pencerapan data remote sensing

kaedah pemetaan zon potensi air bawah tanah di kawasan batuan keras

maklumat peta potensi

pembangunan sistem telaga tiub yang memberi tumpuan kepada kawasan bermasalah

manfaat telaga tiub kepada komuniti

cabaran dan hala tuju
.
Penghargaan kepada Parlimen Malaysia atas jemputan kepada MYSA bagi pembentangan dan pengisian pameran. Seminar menjadi platform bagi perkongsian potensi, cabaran dan strategi bagi perbincangan pembangunan air bawah tabah sebagai sumber alternatif bagi kegunaan domestik, industri dan pertanian. Moga memberi manfaat kepada semua.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
.
Tonton semula seminar di pautan: