(Last Updated On: 2025-05-13)
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) pada 9 Mei 2025 di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur. Kehadiran delegasi telah disambut dan disantuni oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) MYSA. Delegasi MDKP diketuai oleh YBrs. Puan Nawal binti Mohamed Amin, Yang DiPertua MDKP.
.
🤝Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada:
▪️ Fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh MYSA
▪️ Potensi kerjasama antara dua agensi
.
Delegasi turut dibawa melawat ke stesen kerja (work station) bagi melihat pengoperasian sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA.
▪️Stesen Kerja Bahagian Data (Penerimaan dan Pengedaran Imej Satelit)
▪️Sistem Pemantauan Potensi Lokasi Pelupusan Sisa (e-Sisa)
▪️Sistem Pemantauan Tanah Cameron Highlands (SPTCH)
▪️Majlis Perbandaran Kluang Geospatial Information Centre (MPK-GIC)
▪️Jempol Land Monitoring and Information System (JLMIS)
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content