Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menyertai Mesyuarat Asian Association on Remote Sensing (AARS) dan 47th Asian Conference on Remote Sensing 2026 (ACRS 2026) yang berlangsung pada 11 hingga 17 Oktober 2026 di Hotel Taj Vivanta, Dwarka, New Delhi, India.
Delegasi MYSA diketuai oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA, bersama dua orang pegawai MYSA yang hadir sebagai pembentang kertas teknikal.
Persidangan ACRS 2026 yang bertemakan “Remote Sensing for Future Earth: Innovation, Inclusion & Impact” ini mengenengahkan pembentangan teknikal, mesyuarat, bengkel, serta pameran teknologi, produk, dan hasil penyelidikan terkini.
Sebagai focal point Malaysia dalam AARS, penglibatan MYSA dalam persidangan penderiaan jauh terbesar di rantau Asia Pasifik ini membuka ruang perkongsian kepakaran serta memperkukuh jaringan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) di peringkat global.