Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk 16th Southeast Asia Astronomy Network (SEAAN) Meeting 2026, sebuah platform serantau yang menghimpunkan penyelidik, ahli akademik, pendidik, pelajar dan institusi berkaitan astronomi dari seluruh Asia Tenggara.
Program anjuran Universiti Malaya (UM), Planetarium Negara (PN) dan National Astronomical Research Institute of Thailand (NARIT) ini memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu, perkembangan terkini dalam astronomi dan sains angkasa serta pengukuhan jaringan kerjasama serantau.