MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Eagle Nebula (M16)

TM7

PENERANGAN:

M16 atau dikenali sebagai ‘Eagle Nebula’ adalah sejenis nebula pancaran yang besar yang terletak kira-kira 2.5 kiloparsek dari Bumi dalam buruj Serpens. Ia mengandungi bintang muda yang panas yang membentuk gugusan bintang serentak (open cluster).

Nebula ini mengandungi beberapa kawasan gas dan debu yang mempunyai aktiviti pembentukan bintang yang aktif termasuk “Pillars of Creation”. Selain itu, M16 juga mempunyai banyak nebula pancaran* (emission nebula) iaitu awan di angkasa yang bersinar. Nebula ini juga mempunyai nebula gelap* (dark nebula) yang tidak bersinar tetapi dapat dilihat kerana ia mengaburkan cahaya dari bintang yang berada di belakangnnya.

Imej yang dirakam oleh sistem teleskop ONL menunjukkan “Pillars of Creation” yang berada di tengah-tengah imej dan beberapa kawasan pembentukan bintang di sekitarnya. “Pillars of Creation” kelihatan kecil dalam nebula tersebut tetapi saiz sebenarnya adalah lebih besar daripada seluruh sistem suria kita.

*Tahun cahaya ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 1015 meter.

*1 Kiloparsek bersamaan 1000 parsek atau 3261 tahun cahaya. Unit ini yang digunakan untuk mengukur jarak antara galaksi dan jasad di angkasa.

*”Pillars of Creation” adalah imej yang diambil oleh Hubble Space Telescope yang menunjukkan struktur tiang yang terbentuk daripada gas molekul dan debu antara bintang dalam Eagle Nebula.

*Nebula Pancaran ialah awan gas yang cerah.

*Nebula Gelap ialah tompok awam gelap yang mudah kelihatan apabila ia berada berhampiran dengan nebula yang cerah atau kawasan yang mempunyai banyak bintang. Suhu purata dalam nebula ini adalah sekitar -236.15 hingga -137.15 darjah Celcius (https://astronomy.swin.edu.au/cosmos/d/Dark+Nebula )


#MYSA #MOSTI #ONL #EksplorasiAngkasaLepas
#STI #DSTIN #MySTIE
#LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #AmalanNormaBaharu #BersamaHentikanWabakCovid19 #KemakmuranBersamaTeknologiAngkasa 

 
 
Skip to content